Rabu, April 03, 2013

Tarian Naga dan Tarian Singa

Qin Hangxun (Rokiah) membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk "Tahun Baru Cina"

Tarian Naga

Tarian Naga

Tarian naga, adalah aktiviti hiburan dan mempunyai seni yang unik. Tarian naga berasal daripada kebudayaan Dinasti Han dan sudah berusia kira-kira 2,000 tahun.  Pada zaman kuno, rakyat berfikir naga boleh menguruskan air hujan, maka rakyat sentiasa berdoa kepada naga untuk turun hujan pada musim kemarau, dan kemudian menjadi aktiviti budaya dan rekreasi. Di samping itu, bangsa Cina sangat memuja naga dan naga sebagai simbol tuah. Untuk Dinasti Tang dan Song, Tarian naga telah menjadi aktiviti semasa perayaan yang penting.

Pada perayaan Tahun Baru, kawasan bandar dan luar bandar di China telah ada adat bermain tarian naga. Selepas beribu-ribu tahun pembangunan, bermain naga telah menjadi tarian rakyat yang istimewa. Rakyat bukan sahaja berdoa untuk mencapai cuaca dan hasil tuaian yang baik, tetapi juga mewujudkan suasana perayaan yang meriah dan menyampaikan perasaan kegembiraan.

Bahan utama untuk membuat naga adalah rumput, buluh, kertas kayu, kain, dan lain-lain. Selepas hiasan, naga akan mempunyai nilai seni yang tinggi. Terdapat satu "naga", jalur buluh ditenun silinder untuk membentuk sangkar, kemudian memakaikan pakaian naga yang cantik. Orang ramai menyalakan lilin atau lampu minyak dalam sangkar naga, kemudian menunjukkan tarian naga pada waktu malam dan ia sangat menarik.  Adat bermain naga telah dibawa ke luar negara. Semasa perayaan tradisional dan perayaan utama orang Cina, mereka akan menari tarian naga untuk menunjukkan semangat orang Cina.

Tarian Singa

Tarian Singa

Bermain singa dan tarian naga, sebagai bentuk tarian tradisional China, juga adalah aktiviti yang popular.  Rakyat bermain singa semasa perayaan Tahun Baru yang datang untuk menambah keseronokan. Adat ini telah berusia seribu tahun.  Di China, bermain singa ada pelbagai bentuk serta boleh dibahagikan kepada dua bentuk: singa utara dan singa selatan.  Bentuk, corak, warna dan banyak lagi singa utara pun berbeza dengan singa selatan.

Mengapa orang ramai sangat suka bermain singa ketika Tahun Baru yang datang? Menurut legenda, pada awal Dinasti Ming, di Guangdong muncul seekor raksasa, dan setiap tahun baru, raksasa itu mahu keluar merosakkan tanaman, memudaratkan manusia dan haiwan, dan penduduk tempatan sangat takutkannya. Kemudian, ada seseorang telah mencadangkan cara bermain singa untuk menakutkan raksasa itu. Akhirnya raksasa itu berlari keluar dari kawasan penduduk tempatan. Oleh itu, penduduk tempatan percaya bahawa singa mempunyai kuasa ajaib dan boleh membawa nasib baik. Selepas itu, semasa Tahun Baru yang datang, rakyat mesti bermain singa untuk meraikan Tahun Baru.


Qin Hangxun (Rokiah)
Tahap 5


0 comments:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

 
Powered by Blogger